UKRAINE menguasai semula seluruh wilayah Kyiv, kata Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Hanna Maliar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

“Irpin, Bucha, Gostomel dan seluruh wilayah Kyiv sudah dikuasai semula,” kata Maliar.

Tentera Rusia masih melancarkan serangan udara dan peluru berpandu tetapi kadar kekerapannya berkurangan, menurut Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine.

Unit sokongan tentera Rusia juga bersedia menyertai operasi ketenteraan di Ukraine.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram