
SELEPAS dua tahun, para jemaah kembali berbuka puasa di Masjidil Haram semalam.
Ribuan jemaah dari seluruh pelosok dunia dilihat duduk dalam barisan panjang sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama Ramadan di Arab Saudi.
Situasi tersebut mengimbau kembali memori sebelum penularan COVID-19 yang mana pekarangan dan ruang dalam Masjidil Haram menjadi tumpuan terutama jemaah umrah untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib di masjid yang menawarkan ganjaran besar pahala.

Memetik laporan Arab News, jamuan berbuka puasa tahun ini turut diperluaskan di dalam Masjidil Haram iaitu di tempat-tempat yang ditetapkan, sekali gus menyaksikan interaksi pelbagai budaya dan bangsa ketika berbuka puasa.
Sukarelawan yang dilantik badan-badan rasmi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengagihkan juadah berbuka puasa di perkarangan masjid itu selepas dua tahun aktiviti itu dilarang akibat COVID-19.
Baca: Johor benar buka puasa di masjid dan surau, tetapi ada syaratnya
Kelantan benar saf solat rapat, jamuan buka puasa secara bungkus

Lebih daripada 2,000 permit dikeluarkan untuk menyediakan juadah berbuka puasa khusus mengikut garis panduan COVID-19.
Selain itu, penggunaan cawan plastik untuk minuman panas dan pengedarannya di koridor dan di pintu masuk masjid juga dilarang.
Majlis iftar di Masjidil Haram berlangsung secara ringkas dengan jemaah akan segera memasuki ruang solat bagi menunaikan fardu maghrib.
Hanya selepas itu baru mereka menikmati juadah utama sama ada di hotel penginapan, rumah bagi penduduk tempatan mahupun restoran dan premis makanan berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram