Ingin raikan secara sederhana, Siti Nurhaliza tak sangka sambutan hari jadi anak bertukar meriah!

Dari Penulis

PADA awalnya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza hanya ingin meraikan ulang tahun kelahiran kedua-dua cahaya matanya secara sederhana namun siapa sangka ia bertukar meriah.

Lebih istimewa, Siti atau mesra dipanggil Tok Ti itu melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak yang bermurah hati menjadikan sambutan hari jadi anaknya iaitu Siti Aafiyah,4, dan Muhammad Afwa,1, lebih meriah dan bermakna.

Memilih tema ‘water park’ bagi meraikan anak-anak serta tetamu yang hadir, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bersyukur majlis berjalan dengan mengikut apa yang dirancang.

“Alhamdulillah, bila kata nak buat ‘birthday’ Aafiyah dan Afwa, memang teringat nak buat tema water park kali ni.

“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab berkongsi bintang yang sama, Pisces)…. Afwa pula ikut sajalah.

“Tema ibu pilih sesuai untuk anak-anak semua ‘enjoy’ dan syukur cuaca sangat mengizinkan… (puas ibu berdoa.. sekali panas terik ya..),” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu juga turut mendedahkan di ruangan kapsyen Instagram bahawa dia sengaja menyatukan majlis sambutan berkenaan memandangkan kedua-dua cahaya matanya berkongsi tarikh kelahiran yang sama, cuma tahunnya saja yang berbeza.

“Alhamdulillah, semalam saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

“Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza satu bulan dan tahun saja.” ujarnya.

Peminat dan rakan-rakan selebriti seperti Mira Filzah dan Janna Nick juga turut membanjiri ruangan komen hantaran yang dimuat naik oleh penyanyi lagu Kisah Ku Inginkan itu berserta ucapan selamat hari jadi dan menitipkan doa yang baik-baik buat keluarga penyanyi itu.

Malah, Tok Ti turut berkongsi beberapa keping gambar sambutan hari jadi anak-anaknya untuk tatapan peminat di Instagram.

“Tak mengapa, asalkan anak ibu ‘happy’,” tulisnya di kapsyen pada salah satu gambar yang dimuat naik.

Untuk rekod, Tok Ti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This