Sedapnya telur itik masak lemak ini. Makan dengan nasi panas memang sedap. Confirm bertambah. Jom cuba resipi yang mudah dan sedap ini.

BAHAN-BAHAN:
3 biji telur itik
8 tangkai cili padi
1 cm kunyit hidup | tumbuk
3 ulas bawang merah
2 batang serai | ketuk
6 tangkai cili kering | rebus dan kisar
2 cawan santan pekat
2 tangkai cili merah | belah dua
2 tangkai cili hijau | belah dua
2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan bahan-bahan tumbuk dan ketuk bersama-sama bahan kisar, tumiskan sedikit sampai naik bau.
2.Masukkan santan, biarkan mendidih sekejap, masukkan cili merah dan hijau yang dipotong tadi. Kacau rata.
3.Perlahankan api, masukkan telur itik perlahan-lahan.
4.Masukkan garam dan daun kunyit sebelum api dipadamkan.

Resipi: Mohd Shamsuddin A.Awang


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram