Sedapnya telur sambal ikan bilis ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, boleh cuba resipi yang mudah dan menyelerakan ini.

BAHAN:
6 biji telur rebus | belah dua
60 gm ikan bilis
45 gm cili kering | rendam dan kisar
1 labu bawang kuning | hiris
1 sudu besar pes asam jawa
50 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
3 cm belacan bakar

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga garing, wangi dan pecah minyak.
2.Kemudian masukkan bawang kuning yang dihiris. Tumis sehingga bawang layu.
3.Seimbangkan rasa sambal dengan pes asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
4.Tuangkan sedikit air sekiranya terlalu kering. Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
5.Akhir sekali, masukkan telur dan gaulkan sebati.

Resipi : Cef Azli Razali

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram