Pendakwah terkenal, Ebit Lew GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS sedang melengkapkan satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual melibatkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Memetik laporan BH Online, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, kertas siasatan itu melibatkan laporan terhadap Ebit yang dibuat di Semenanjung.

Menurut beliau, siasatan dijalankan termasuk mengesan saksi-saksi berhubung dakwaan berkenaan.

“Belum pasti bila akan didakwa (tetapi) masih disiapkan siasatan lagi,” katanya seperti dilapor.

Sebelum ini, Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan kes gangguan seksual yang dihadapinya.

Pengakuan tidak bersalah itu dirakamkan di Mahkamah Litar Tenom, Sabah pada 18 Februari lalu.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Baca artikel berkaitan: [VIDEO] Tuduhan melampau cuba jatuhkan kredibiliti – Ebit Lew

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli.

Ebit pula diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Majistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan 20 hingga 23 April sebagai tarikh perbicaraan.

Pendakwah terbabit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Ebit kemudiannya mendakwa kesemua 11 pertuduhan yang dikenakan itu merupakan tuduhan tidak berasas dan melampau dengan tujuan menjatuhkan kredibilitinya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare