Penduduk memotong tali plastik yang digunakan suspek mengikat kaki mangsa.

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun diselamatkan penduduk selepas menjadi mangsa dera bapa tiri dalam satu kejadian di Desa Ragajaya, bandar Bogor, Jawa Barat.

Kisah kanak-kanak itu diselamatkan penduduk dengan memecah masuk rumah mangsa tular di Indonesia semalam.

Ketika diselamatkan kanak-kanak malang itu diikat tangan serta kaki menggunakan tali plastik oleh bapa tirinya berusia 36 tahun.

Memetik laporan portal Merdeka.com, Ketua Polis Daerah Bojonggede, Asisten Komisioner Dwi Susanto berkata, kejadian berlaku pada hari Isnin lalu, kira-kira pukul 10 malam.

Baca artikel berkaitan: Pencabul juling di Cyberjaya diburu Polis

“Anggota polis terus ke lokasi kejadian dan menangkap ayah tiri mangsa. Kaki dan tangan mangsa diikat dengan tali plastik,” katanya semalam.

Ujarnya, kes kini dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Depok untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan ibu mangsa berusia 34 tahun itu telah diugut suspek supaya tidak melaporkan penderaan yang dilakukannya.

Katanya, suspek sering memukul mangsa setiap kali terganggu dengan bunyi bising.

Menurut ibu mangsa, suspek yang bekerja membawa teksi motosikal kerap memukul anak-anaknya.

Dia mengatakan dirinya tidak terdaya menghalang tindakan suspek setiap kali memukul anak-anaknya kerana bimbang akan menjadi sasaran seterusnya.

Malah ada laporan mengatakan kanak-kanak itu turut ditekap dengan seterika serta dicucuh api putung rokok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram