Selalunya kalau nak makan ikan bakar Portugis yang sedap kita perlu ke kedai. Apa kata kali ini kita buat sendiri dirumah. Jom cuba resipi ikan bakar Portugis yang SAJI kongsikan ini.

BAHAN-BAHAN:
1/4 cawan minyak masak
Air perahan limau nipis | ½ biji limau nipis sahaja
1/ 2 sudu besar kicap pekat
Garam dan gula
1 ekor (600gm) ikan kembung/bawal
Aluminium foil

BAHAN KISAR
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu kecil belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2.Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan daun pisang/ aluminium foil.
3.Panggang di atas bara api bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada
180ºC selama 20 minit atau hingga masak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram