SELEPAS diduga dengan penyakit misteri pada minggu lalu, pelakon Amyra Rosli sekali lagi berdepan situasi mencemaskan apabila anak keduanya, Ayra Aryssa,2, mengalami demam panas sehingga perlu dikejarkan ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menerusi entri di Instagram miliknya, Amyra turut memuat naik gambar kondisi Aryssa yang terbaring lesu serta keletihan.

“Aryssa demam panas. Suhu badan 40 hingga 41 darjah Celsisu. Sudah dua hari suhu tak turun. Cepat sembuh anakku sayang,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, menerusi muat naik video di Instastory, Amyra meluahkan perasaan sayu untuk keluar bekerja dalam keadaan anaknya tidak sihat dan berada di hospital.

“Beratnya hati hendak pergi kerja,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti mendoakan agar kesihatan Aryssa diberi kesembuhan.

Sebelum ini, Amyra,30, mendedahkan dirinya terpaksa bercuti daripada meneruskan penggambaran drama Jangan Menangis Cinta selepas menderita ‘penyakit misteri’.

Menurut Amyra, dia kerap alami sakit sendi di seluruh badan, bengkak kaki dan lebam-lebam.

Ujar Amyra yang juga isteri kepada aktor Amar Baharin, selain merujuk masalahnya kepada pakar perubatan di hospital, dia juga turut menggunakan rawatan perubatan Islam sebagai salah satu ikhtiar.

Untuk rekod, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi,4, dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.