Dua suspek kini giat diburu polis Singapura.

POLIS Republik Singapura giat memburu dua suspek selepas menyerang dua lelaki menggunakan senjata seakan parang dalam satu kejadian di Boon Lay Drive, petang semalam.

Memetik laporan Straitstimes.com, kejadian berlaku di Blok 175 Boon Lay Drive kira-kira pukul 5 petang Rabu.

Polis berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa mengenali suspek yang menyerang mereka.

Kedua-dua mangsa yang cedera masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Baca artikel: Ejek-mengejek punca murid sekolah di Sungai Pelek bergaduh

Dalam video yang tular di media sosial, dua lelaki dilihat memegang senjata berbilah panjang seakan parang sambil menghayunnya di sebuah tempat letak kereta.

Dalam salah satu video, kedengaran suara menjerit memberitahu laporan telah dibuat kepada pihak polis.

Tidak lama selepas itu kedua-dua suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian, dan salah seorang mangsa ditinggalkan dengan muka berlumuran darah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram