KALAU nak berbuka puasa di hotel memang perlu dompet tebal.

Paling murah pun sekitar RM70 seorang dan ia boleh meningkat ratusan ringgit bergantung kepada jumlah bintang di hotel.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa. GAMBAR: Abd Razak Aid

Namun sebagai pilihan, Tan Sri Annuar Musa mengajak orang ramai berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara dengan harga RM3 satu pax.

Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, orang ramai boleh berbuka puasa di Grand Ballroom Grand Season [email protected] Prihatin dengan harga tersebut mulai 11 April hingga 1 Mei ini.

Bukan itu sahaja kata Annuar, orang ramai yang hadir turut berpeluang bertemu artis dan personaliti televisyen yang akan menjadi hos program berkenaan.

“Dengan RM3 setiap pax, anda boleh taja, bawa asnaf, musafir, orang kurang upaya (OKU), warga mas dan anda sendiri.

“Perlu tempahan tarikh dengan bayaran RM3 kerana tempat yang terhad. (Sumbangan sumbangan berbagai bentuk,tunai atau masakan adalah di alu alukan),” kata Annuar menerusi Facebook beliau hari ini.