Perodua Myvi yang cuba merempuh anggota polis.

POLIS melepaskan tembakan kepada sebuah kenderaan yang cuba merempuh tiga anggota yang sedang bertugas di Pinggiran Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, awal pagi Selasa lepas.

Menurut satu laporan seorang anggota polis Balai Polis Sungai Long, Kajang menyatakan semasa beliau sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah bersama dua lagi anggota telah ternampak sebuah kereta jenis Perodua Myvi warna merah yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pengadu dan saksi polis kemudian cuba untuk menghentikan motokar tersebut, namun saspek bertindak memecut dan memandu melulu sehingga berlaku aksi mengejar sejauh lebih kurang tiga kilometer,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan.

Katanya, sepanjang kejadian mengejar, saspek telah beberapa kali cuba menghimpit anggota polis yang menaiki motosikal dan setibanya di sebatang jalan mati, kenderaan itu membuat pusingan U serta cuba merempuh ketiga-tiga anggota polis.

Baca artikel berkaitan: Rangka kanak-kanak perempuan ditemukan

“Akibat daripada terasa nyawa terancam dan untuk mempertahankan diri, anggota polis telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta, namun saspek berjaya meloloskan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikutan kejadian tersebut, pihak BSJ IPD Kajang telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan. Jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua puluh tahun. Kes disiasat oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh a/l Krishnan (017-4333795).

Semalam, kira-kira lebih kurang 12.30 tengahari, hasil pemantauan dan pemeriksaan telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga asing, seorang lelaki Cina dan juga seorang perempuan Melayu warga tempatan.

Turut dirampas ialah sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi warna merah yang mempunyai kesan tembakan, disyaki terlibat di dalam kes ini.

Kesemua tangkapan akan dihadapkan ke Mahkamah Kajang untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini bagi membantu siasatan dan pihak polis masih mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dengan kes tersebut.

Pihak Polis menyeru sekali lagi mana-mana individu yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Kajang di talian 03-89114222 atau mana-mana Balai Polis berhampiran bagi menyalurkan sebaran maklumat bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare