Buntu tidak tahu menu apa yang ingin dihidangkan? Jom cuba resipi daging kicap taucu berkentang yang mudah disediakan ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | hiris nipis
8 ulas bawang merah | kisar
5 ulas bawang putih | kisar
3 cm halia muda | kisar
5 biji kentang | potong baji
1 biji lobak merah saiz besar | hiris kasar
150 gm kacang buncis | hiris kasar
15 biji cili padi
1 cawan kicap masin
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar taucu
1 keping kulit kayu manis
6 ulas bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun bawang | hiris
Garam secukupnya
Lada hitam secukupnya
Air yang mencukupi

CARA MENYEDIAKAN:
1.Gorengkan kentang sehingga empuk. Angkat dan ketepikan
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar, kulit kayu manis, bunga cengkih buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi dan garing.
3.Masukkan daging dan kacau sehingga daging empuk. Masukkan kicap, sos tiram, taucu dan cili . Masukkan sedikit air. Masak sehingga lobak merah empuk.
4.Kemudian masukkan daging, kacang buncis dan kentang. Gaul sebati. Sebelum hidang taburkan daun bawang.

Resipi : Cef Azli Razali

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram