Polis menyelesaikan lapan kes samun yang berlaku di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Ampang dengan tertangkapnya tiga lelaki tempatan, kelmarin. FOTO IPD CHERAS

 
POLIS berjaya menyelesaikan lapan kes samun yang berlaku di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Ampang dengan tertangkapnya tiga lelaki tempatan, kelmarin.


Kesemua suspek yang ditangkap berumur dalam lingkungan 21 hingga 25 tahun.

Antara barang rampasan kes samun yang berlaku di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Ampang dengan tertangkapnya tiga lelaki tempatan, kelmarin. FOTO IPD CHERAS

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata,bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD itu membuat risikan dan tangkapan  ke atas seorang lelaki warganegara di sekitar kawasan perumahan Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.


Menurutnya, suspek dipercayai terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Taman Len Seng Cheras membabitkan kerugian kira-kira  RM149.90.


“Susulan dari tangkapan tersebut, pada 7 April kira-kira pukuk10.30 malam, polis berjaya membuat tangkapan baru ke atas dua lelaki warganegara dan merampas barangan yang dipercayai digunakan dalam kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.


Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, kesemua suspek yang ditangkap memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.


“Dengan tangkapan itu, polis berjayamenyelesaikan lapan kes samun yang berlaku di sekitar kawasan Cheras, Kajang dan Ampang.


“Reman ke atas kesemua suspek ini dibenarkan selama enam hari bermula semalam hingga 13 April ini,”katanya.

Sementara itu, Muhammad Idzam berkata, Polis Cheras menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumatberkaitan kegiatan jenayah yang berlaku.


Tambahnya, maklumat-maklumat itu boleh disalurkanmelalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.