Sebahagian daripada Petugas barisan hadapan gembira selepas menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid 19 di Hospital Pakar KPJ Tawakkal Kuala Lumpur, baru-baru ini. - GAMBAR: Abd Razak Aid

SERAMAI 15,915,493 individu dewasa atau 67.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sejumlah 22,956,764 individu atau 97.6 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 23,233,706 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,859,026 individu atau 91.9 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,960,123 atau 95.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sejumlah 104,250 individu telah melengkapkan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) manakala  1,363,134 individu atau 38.4 peratus daripada kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: 58,780 kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 40,792 dos vaksin telah diberikan semalam meliputi 6,401 dos pertama, 27,716 dos kedua dan 6,675 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,180,021.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 21 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan Johor mencatatkan kes tertinggi iaitu empat kes diikuti Kedah, Pahang dan Selangor masing-masing tiga kes.

Selain itu, Perak dan Sarawak masing-masing merekodkan dua kes manakala masing-masing satu kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur.

— BERNAMA