Pelitup muka: SIRIM pastikan kawalan kualiti ketat untuk keselamatan awam

Dari Penulis

SIRIM Berhad menegaskan mengenai komitmennya terhadap keselamatan awam bagi memastikan kawalan kualiti yang ketat terhadap pelitup muka bukan perubatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Nur Fadhilah Muhammad berkata melalui anak syarikatnya, SIRIM QAS International, pihaknya telah melakukan ujian ketat, pemeriksaan dan pensijilan terhadap pelitup muka bukan perubatan yang dijual di pasaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk berkenaan.

“Kini, terdapat begitu banyak pelitup muka bukan perubatan di pasaran. Pengguna perlu tahu bahawa produk yang dibeli mereka adalah berkualiti, selamat dan berfungsi dengan baik. Ujian yang kami lakukan akan menentukan sama ada ia melindungi pengguna daripada agen berjangkit atau sama ada pengguna selesa menggunakannya selain dapat bernafas dengan baik.

“Di SIRIM QAS International, kami amat mengutamakan keselamatan pengguna. Ini sentiasa menjadi objektif bagi semua ujian dan pensijilan kami, terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan.

“Kita juga memastikan penelitian dilakukan terhadap pelitup muka, kerana kita bukan sahaja berperanan melindungi rakyat daripada virus COVID-19, tetapi juga akan terus menjaga kesihatan dan kebersihan masyarakat umum,” kata Nur Fadhilah.

Prosedur itu dijalankan terhadap semua jenis pelitup muka bukan perubatan, yang diuji berdasarkan piawaian SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149.

Hanya selepas menjalani audit pensijilan dan lulus semua ujian, sesuatu produk itu akan diberi label MS SIRIM, yang diiktiraf oleh pengguna sebagai jaminan bahawa ia selari dengan tujuan produk dan selamat digunakan.

Baca: Isu pelitup muka kena penandaan SIRIM, Michael Ang kata membazir & duit tak tumbuh atas pokok!

Nur Fadhilah berkata SIRIM QAS International juga bersedia membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mematuhi peraturan dan menunjukkan bahawa mereka mengutamakan kepentingan dan keselamatan pengguna.

“Saya menggesa semua pihak yang berkaitan untuk menghubungi SIRIM QAS International untuk sebarang penjelasan dan nasihat lanjut mengenai proses ujian dan pensijilan,” katanya.

Pada 7 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2023, pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai pensijilan dan pelabelan SIRIM sebelum ia dijual di Malaysia.

Syarikat yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan meningkat tidak melebihi RM500,000 untuk kesalahan berikutnya.

Bagi individu (pengilang/pengimport), pesalah kali pertama boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This