Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Jom cuba resipi semur ayam ini. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam potong 14 | goreng sekejap
3 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 mangkuk bawang goreng tumbuk lumat
1 cawan kicap
1/4 cawan cili kering kisar
3 ulas bawang putih | kisar
5 ulas bawang merah | kisar
2 labu bawang besar | dimayang bulat
5 cm halia | kisar
1/2 cm lengkuas | kisar
1 sudu besar jintan manis | kisar
1 sudu besar jintan putih | kisar
1/2 sudu besar ketumbar | kisar
3 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
1 sudu makan air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak, tumiskan semua rempah, bunga lawang, kayu manis dan cili kisar. Tumiskan hingga terbit minyak.
2.Masukkan pula bawang goreng tumbuk, santan, kerisik, kicap, ketumbar, jintan manis dan jintan putih.
3.Masukkan ayam, sedikit gula, garam dan air asam jawa dikacau sebati.
4.Masukkan bawang besar dan kacau rata. Angkat dan sedia dihidang.
diangkat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram