Anak ular yang diselamatkan diletakkan di dalam baldi.

RATUSAN anak ular berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam takungan air saluran pembentungan di belakang pejabat keselamatan sosial di Chiang Mai, Thailand, 10 pagi kelmarin.

Memetik laporan Sanook.com, kehadiran anak-anak ular itu disedari salah seorang pekerja di pejabat tersebut selepas terdengar bunyi kocakan air di kawasan saluran pembentungan.

Apabila penutup pembentungan dibuka, kelihatan beratus-ratus anak ular sedang berenang-renang di dalamnya.

Menurut Pegawai Pejabat Keselamatan Sosial Wilayah Chiang Mai, Chuwit Pinjai yang dihubungi semalam mengatakan, kesemua anak ular itu bukan daripada spesies berbisa.

Baca artikel berkaitan: Remaja naik angin selepas gagal jual racun tikus

Katanya, ia bukan ular air, dan jika dibiarkan, reptilia itu mungkin akan lemas.

“Oleh kami bantu mengeluarkan ular-ular itu diletakkan di dalam baldi sebelum melepaskannya di tempat lain,” jelasnya.

Tambahnya, dia pernah beberapa kali menemui ular di kawasan belakang pejabatnya di mana merupakan kawasan hutan, tetapi ini kali pertama kejadian ratusan ular muncul di dalam saluran pembentungan.

“Pada mulanya saya mengaku saya takut, tetapi apabila dia menyedari bahawa ia tidak berbisa, rasa takut itu hilang dengan sendiri,” ujarnya.

Kesemua anak-anak ular itu yang dikumpul di dalam baldi kemudian dilepaskan ke dalam hutan berhampiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram