Tangkap layar video yaang mendakwa polis KL minta rasuah daripada pemandu warga Singapura.

SATU klip video mendakwa polis Kuala Lumpur meminta rasuah daripada seorang pemandu warga Singapura kini mula diperkatakan oleh media republik itu.

Memetik laporan Mothership.sg bertarikh hari ini, kejadian itu didakwa berlaku pada 10 April yang lalu pada pukul 12.30 tengah hari, tetapi tidak dinyatakan lokasi kejadian secara jelas.

Kata laporan itu video berkenaan dimuat naik hari ini menerusi pautan Facebook bernama Beh Chia Lor-Singapore Road kira-kira empat jam yang lalu.

Setakat ini ia telah ditonton lebih 66,000 kali dengan 378 komen serta 741 reaksi daripada warganet.

Baca artikel berkaitan: Lelaki maut ditembak enam das jarak dekat oleh rakan sendiri

Video berdurasi 24 saat yang dirakam kamera belakang kereta itu menunjukkaan seorang lelaki menghulurkan tangan ke dalam kereta peronda sebelum bergerak semula ke kenderaannya.

Kereta tersebut dengan jelas menunjukkan tertera perkataan polis dan menggunakan nombor pendaftaran Kuala Lumpur.

Melihat kepada kapsyen video terbabit, pemandu didakwa melaku beberapa kesalahan termasuk memandu lawan arah.

“Polis di KL, Saya rakyat Singapura. Pergi ke sana dan mereka dakwa saya tidak memilik lesen memandu Malaysia, tiada visa untuk masuk ke KL, dakwa saya memandu lawan arah,” kata petikan kapsyen video tersebut.

Dakwa pemandu itu, bagi mengelak dirinya ditahan dan disaman, dia perlu “belanja” mereka dengan menghulurkan wang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim yang dihubungi UtusanTV melalui aplikasi WhatsApp berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkara itu dan siasatan teliti sedang dijalankan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram