PASANGAN popular Bollywood Ranbir Kapoor,40, dan Alia Bhatt,29, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di Mumbai, India, semalam.

Hanya dihadiri kenalan rapat serta keluarga kedua-dua bekah pihak, Ranbir dan Alia kelihatan anggun dan segak menggayakan busana perkahwinan daripada pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.

“Kami sudah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi memori bersama, memori yang penuh dengan kasih sayang, jenaka, gaduh manja dan sebagainya.

“Terima kasih untuk semua doa anda. Ia menjadikan memori ini lebih indah dan istimewa,” tulis Alia menerusi hantaran di Instagram.

Bapa Ranbir iaitu pelakon veteran Rishi Kapoor turut hadir bersama isterinya, Neetu Singh di lokasi perkahwinan di rumah pasangan pengantin.

Selain itu, aktres Karisma Kapoor dan Kareen Kapoor yang merupakan sepupu kepada Ranbir turut hadir memeriahkan hari bahagia mereka.

Ibu bapa Alia iaitu Mahesh Bhatt dan Soni Razdan yang merupakan pengarah dan pelakon terkenal juga hadir memberi restu.

Ruangan komen Instagram Alia dihujani dengan ucapan tahniah dan rata-rata gembira akhirnya pasangan ‘power couple’ itu mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan.