samprit koko

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang sibuk menyediakanbiskut raya. Salah satu biskut yang popular adalah biskut samprit. Kali ini SAJI kongsi resipi biskut samprit koko yang sedap dan mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN A
500 gm mentega
260 gm gula aising
2 biji kuning telur

BAHAN B
2 sudu besar susu tepung
60 gm serbuk koko
560 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
100 gm tepung ubi

BAHAN HIASAN
Coklat masakan hitam dan putih | cairkan

CARA MENYEDIAKAN
1.Satukan bahan A dan pukul selama satu minit. Ayak dan satukan semua bahan B. Masukkan ke dalam adunan perlahan-lahan.
2.Kemudian gaul rata dan sebatikan menjadi adunan yang lembut.
3.Gunakan nozel samprit dan tekan pada dulang yang telah siap digris.
4.Bakar selama 30 minit. Setelah sejuk, lorek dengan coklat hitam dan putih.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram