DUA pemain yang berkelana di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak antara 31 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan

DUA pemain yang berkelana di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak antara 31 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat Skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan bermula Selasa ini, menjelang Sukan SEA Hanoi, bulan hadapan.

Luqman Hakim dan Muhammad Hadi Fayyadh kini masing-masing beraksi di KV Kortrijk, Belgium dan Azul Claro Numazu, Jepun.

Daripada kesemua pemain, Ketua Jurulatih, Brad Maloney mempertaruhkan 19 pemain termasuk Luqman Hakim daripada skuad yang sebelum ini berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia B-23 2022 dan dua pemain dari skuad yang beraksi pada Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja Februari lepas.

Baki 10 lagi pemain terdiri daripada Danial Asri, Syahir Bashah dan Aliff Haiqal dari Selangor FC; Daryl Sham dan Ahmad Aysar Hadi (Johor Darul Ta’zim (JDT) II) ; penjaga gol Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC); Muslihuddin ‘Atiq dan Safwan Mazlan(Terengganu FC II) serta Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur (KL) City FC) dan termasuk Muhammad Hadi Fayyadh.

Dalam pada itu, FAM berkata UM Arena, dipilih sebagai venue kem latihan pusat dengan 31 pemain yang dipanggil akan melapor diri secara berperingkat selepas masing-masing menyelesaikan komitmen bersama kelab dalam saingan Liga Super dan Liga Premier.

Baca artikel berkaitan: Pan Gon lawat Farizal, harap segera sembuh

“Mereka dijadual mengadakan dua Perlawanan Antarabangsa Tier 2 bertemu Timor-Leste B-23 pada 29 April dan Filipina B-23 pada 1 Mei dengan kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung secara tertutup tanpa kehadiran penonton berdasarkan persetujuan daripada pasukan-pasukan yang terlibat,” menurut FAM.

FAM pada masa sama memaklumkan Maloney kemudian akan menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2021 dan Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas dari KLIA, Sepang ke Hanoi, Vietnam pada 4 Mei 2022.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B pada temasya dwitahunan itu akan membuka tirai kempen berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos (11 Mei), Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei).

Kesemua perlawanan Kumpulan B dijadual berlangsung di Stadium Thien Truong, Nam Dinh.

Saingan Kumpulan A pula dibarisi tuan rumah yang juga juara bertahan, Vietnam diikuti Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor-Leste, yang dijadual berlangsung di Stadium Viet Tri, Phu Tho.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 19 Mei di Stadium Thien Truong dan Stadium Viet Tri manakala perlawanan penentuan pingat gangsa serta final dijadual berlangsung pada 22 Mei di Stadium My Dinh, Hanoi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram