PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa menyantuni petugas barisan hadapan menerusi program Singgah Sahur, acara tradisi yang beliau adakan setiap kali Ramadan.

Ahli Parlimen Bera menyantuni anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bera.

Perdana Menteri memulakan kunjungan ke APM Bera dan beramah mesra dengan anggota bertugas sebelum meneruskan lawatan ke IPD dan JBPM Bera.

Program tersebut merupakan antara menifestasi penghargaan beliau terhadap segala pengorbanan APM, PDRM dan Bomba yang menjaga keselamatan Keluarga Malaysia di Bera, tanpa mengira masa.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bera, Khaizul Nizam Mohamad Zuldin dan Ketua Puteri UMNO Bera, Salmiah Ab Rahman. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram