Sedapnya nasi bukhara ni. Bagi yang bosan asyik makan juadah yang sama, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras
4 cawan air
1 ekor ayam (potong kecil)
1 senduk besar minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (hiris)
10 ulas bawang merah (mayang halus)
10 ulas bawang merah (kisar)
10 ulas bawang putih (kisar)
7 biji buah badam
3 biji tomato (mayang bulat)
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
4 sudu besar ketumbar
1 labu bawang besar (mayang bulat)
Sedikit daun pudina
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit bawang goreng

BAHAN REMPAH:
8 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
kulit kayu manis

CARA MENYEDIAKAN:
1.Ayam dipotong kecil, digaulkan sedikit kunyit dan garam, lalu digoreng hingga masak. Ketepikan.
2.Jintan manis, jintan putih dan ketumbar ditumbuk atau dikisar hingga lumat. Asingkan.
3.Tumiskan jintan manis, jintan putih, ketumbar dengan bahan rempah serta bawang besar dan tomato sehingga wangi.
4.Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan susu cair, air, daun pudina dan air.
5.Apabila sudah mendidih, bolehlah masukkan beras dan tanak sehingga masak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram