Gambar hiasan.

GARA-GARA terpedaya dengan tawaran labur tiga minit untung tiga peratus, seorang jurujual wanita rugi RM382,517.47, selepas ditipu sindiket pelaburan mata wang asing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, wanita warga tempatan berusia 36 tahun itu ditipu sejak 26 Mac hingga 18 April lalu.

Katanya, mangsa telah membuat transaksi sebanyak 27 kali ke dalam enam akaun yang berbeza sepanjang tempoh tersebut.

“Mangsa ditipu oleh sebuah syarikat yang mengusahakan tiga buah produk iaitu ‘green agriculture’, ‘green health industry’ dan ‘green energy industry’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Polis rampas dadah bernilai RM7.74 juta di Kedah dan Pulau Pinang, tahan sembilan suspek

Mohd Mahidisham berkata, mangsa yang tertarik dengan pakej “Gold Card” yang memerlukan modal sebanyak RM638,314.19 (AS$150,000) sebelum bersetuju untuk melakukan pelaburan.

“Mangsa telah diberikan ‘username’ dan kata laluan bagi mengakses rangkaian pelaburan tersebut.

“Namun, mangsa telah berasa diri ditipu selepas diminta membuat transaksi pelaburan lagi meskipun tiada wang keuntungan seperti yang dijanjikan,” tambahnya.

Mangsa kemudian bertindak membuat satu laporan polis.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspasa dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pelaburan yang tidak sah. Sebarang maklumat jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram