Sedapnya rendang kerang minang ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Pasti puas hati.

BAHAN-BAHAN:
600 gm isi kerang (rebus separuh masak)
4 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
300 ml santan pekat

BAHAN KISAR:
3 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai
2 cm kunyit hidup
5 tangkai cili kering
20 tangkai cili padi

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
2.Kemudian, tuangkan santan, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
3.Selepas itu, masukkan isi kerang dan setelah kuah rendang hampir kering masukkan kerisik dan garam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram