PENYANYI Nubhan,memberi kejutan istimewa kepada ibunya Badariah Omar, 77 apabila membawa mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki helikopter semalam.

Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 36, memuat naik video aktiviti bersama ibunya itu di laman Youtube miliknya.

Ujar Nubhan, niatnya adalah sekadar ingin mengembirkana ibunya yang dikenali sebagai Mak Jenny ‘makan angin’ tambahan pula ibunya itu baru pulih dari virus Covid-19.

“Saya saja nak bawa Mak Jenny naik helikopter dan bawa jalan sebab sudah lama tak bawa dia keluar. Lagi pula Mak Jenny pun baru sembuh dari jangkitan Covid-19.

“Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga,”katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Nubhan lagi, kejutan dengan membawa ibunya menaiki helikopter itu adalah hadiah awal bagi kejayaan perniagaan makanan ‘ready to eat’ Mak Jenny yang mencatatkan hasil jualan menggalakkan.

“Mak Jenny kan ada perniagaan makanan ‘ready to eat’, jadi nak buat kejutan juga pada dia yang mana perniagaan baru sembilan bulan tapi jualan sangat bagus. Jadi sebelum kita buat kejutan lain, kita bawa naik helikopter dulu,” ujarnya.

Menerusi perkongsian di saluran Youtube penyanyi tersebut, hasil jualan selama Sembilan bulan bagi produk yang dikeluarkan atas nama Mak Jenny itu mencapai sebanyak RM 4.2 juta.

Nubhan turut memberikan duit raya sebanyak RM20,000 kepada ibu dan kakak sulungnya. Beliau mengatakan bahawa dia hampir berputus asa dengan produk ini tetapi kakaknya tetap meneruskan dan berusaha keras bagi memastikan Sambal Mak Jenny berjaya.

Sambal Mak Jenny turut mempelawa orang ramai sana untuk menjana pendapatan sampingan bersama mereka.