Sedapnya ayam goreng gajus ini. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini boleh cuba resipi yang sedap dan mudah ini. Sesuai dihidang untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
500 gm isi ayam – hiris nipis
50 gm tepung gandum
2 biji putih telur
150 ml minyak masak
2 labu bawang besar – hiris
1 biji lada benggala merah – potong memanjang
1 biji lada benggala hijau – potong memanjang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
20 gm tepung jagung
2 sudu besar air
20 gm kacang gajus – goreng
Sedikit garam dan gula

CARA MENYEDIAKAN:
1.Campurkan tepung gandum dengan telur putih dan isi ayam.
2.Goreng sehingga ranggup. Angkat dan ketepikan.
3.Kemudian tumis bawang besar, lada benggala merah, lada benggala hijau dan serbuk cili sehingga naik bau.
4.Masukkan ayam, sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5.Selepas itu, masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan dua sudu besar air dan gajus. Gaul rata dan biarkan masak seketika.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram