Mohammad Shatar (tengah) beramah mesra bersama anak yatim yang hadir.

AGENSI Kelayakan Malaysia (MQA) meneruskan aktiviti tanggungjawab sosialnya (CSR) dengan menyantuni 50 anak yatim dari sekitar daerah Sepang.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dalam menjayakan aktiviti CSR berkenaan.

Katanya, kumpulan anak yatim yang diraikan itu terdiri daripada mereka yang kehilangan bapa akibat COVID-19 sejak dua tahun lalu.

“Pada CSR kali ini, kami menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan dan duit raya kepada anak yatim.

“Kami juga memberikan sokongan moral kepada tetamu istimewa ini untuk terus cekal dalam mendepani cabaran kehidupan,” katanya pada Majlis Iftar MQA bersama Anak Yatim 2022 di Mercu MQA, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat; Pengerusi Puspanita MQA, Datin Norma Awang; Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa dan Pengurus Operasi YIDE, Md Ariffin Jaafar.

Baca artikel berkaitan:Mike Tyson belasah penumpang sampai ‘KO’

Pada majlis terbabit, Mohammad Shatar turut berkesempatan beramah mesra dengan anak yatim dan memberi kata-kata semangat supaya mereka memberi fokus dalam pelajaran.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, MQA turut menyampaikan barangan keperluan makanan kepada mereka yang memerlukan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pihak YIDE.

“Kumpulan CSR MQA menyerahkan sumbangan itu kepada keluarga di sekitar Banting, Jenjarom, Teluk Panglima Garang, Cheras, Seri Kembangan dan Kajang.

“Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi sinar keceriaan kepada anak-anak ini,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram