Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi daging bumbu sate ini. Resipi yang sangat sedap dan pasti memikat selera.

BAHAN- BAHAN
1 kg daging potong nipis
1/2 cawan kacang tumbuk
2 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak

BAHAN PERAP:
2 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu besar serbuk lada sulah
1 cawan santan pekat
1 sudu besar garam
3 sudu besar gula
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar kerisik

BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 cm kunyit
3 cm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
10 tangkai cili merah

CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebus daging sehingga lembut kemudian masuk kan daging ke dalam mangkuk.
2.Gaulkan dengan bahan kisar dan bahan perap. Perap selama setengah jam.
3.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan da ging. Kacau rata. tumis hingga naik minyak.
4.Masukkan daun limau purut dan kacau rata. Taburkan kacang tumbuk. Hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram