Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. GAMBAR: Abd Razak Aid

SUSULAN tular dokumen ‘PASLeaks’ yang mengandungi dakwaan percaturan termasuk untuk mencampuri urusan kehakiman, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kesahihan dokumen itu tidak dapat ditentukan.

“Kita pun tak tahu dokumen itu betul atau tidak,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung dokumen yang tular itu ketika ditemui pemberita selepas  merasmikan sesi Town Hall dan melancarkan Buku Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera di Putrajaya.

Baca: Ahmad Samsuri nafi terlibat mahu jatuhkan BN

Dokumen  “PASleak” yang tular mengandungi dakwaan terdapat gerak kerja untuk percaturan politik termasuk menyentuh idea campur tangan dalam bidang kehakiman.

Dokumen itu turut menyentuh mengenai masa depan Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

— BERNAMA