SEORANG lelaki warganegara Pakistan meninggal dunia selepas tersangkut di atas pokok balak setinggi 12 meter ketika melakukan aktiviti luncur udara di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Baru petang tadi.
Mangsa Mohammad Farhad Khalid, berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia selepas berjaya di bawa turun dari pokok tersebut.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk membawa mangsa turun.
“Mangsa tersangkut pada ketinggian 12 meter di cerun bukit,” katanya dan menambah pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.56 petang.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian dan tiba enam minit kemudian.
“Akses ke kawasan kejadian perlu melalui trek ‘hiking’ sejauh 100 meter dari tapak perlepasan Bukit Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: Tujuh terperangkap lebih sejam ketika keluarkan duit di mesin ATM
Norazam berkata, sebelum berjaya dibawa turun, mangsa dilaporkan tidak sedar diri, mengalami pendarahan serta patah kaki.
“Penduduk Orang Asli telah bertindak memanjat pokok itu dan mengikat mangsa bagi mengelak daripada terjatuh,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram