PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan berada di lebuh raya semasa cuti perayaan Aidiladha bermula 7 hingga 12 Julai. - GAMBAR: Abd Razak Aid

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menempatkan seramai 1,500 petugas iaitu pembantu khidmat pelanggan (CSA) di plaza tol lebuh raya berkenaan sepanjang musim cuti perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Petugas berkenaan akan bertindak membantu pelanggan yang menghadapi masalah transaksi tol.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, penugasan semua CSA itu sejajar tumpuan syarikat itu memberi keselesaan kepada pengguna.

Menurut beliau, ia dengan cara meminimumkan kesesakan di semua 1,100 lorong tol di 94 plaza tol sepanjang lebuh raya itu terutama antara 29 April hingga 9 Mei.

“Ini termasuk memastikan kelancaran perjalanan dan keselesaan di kawasan rehat dan rawat (R&R) bagi menampung keperluan dua juta kenderaan yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung setiap hari sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: RFID bermasalah: PLUS buka kembali lorong SmartTAG, tempatkan petugas di plaza tol

Mengulas lanjut, Zakaria memaklumkan, PLUS turut menempatkan kakitangan tambahan dari ibu pejabat untuk memberi sokongan di setiap plaza tol utama seluruh negara.

“Saya juga ingin mengingatkan pelanggan lebuh raya kami untuk menjangkakan masa perjalanan yang lebih panjang ke destinasi mereka kerana kami meramalkan kemungkinan berlaku kesesakan akibat jumlah kenderaan yang tinggi di jalan raya.

“Namun anda boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi PLUS, juga ikuti jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) yang akan dikeluarkan tidak lama lagi serta menggunakan aplikasi Waze dan Google Maps untuk jangkaan pelan laluan perjalanan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram