Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan pampasan kepada bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd di Kemaman, Terengganu, hari ini.

SERAMAI 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. akan menerima pampasan setelah mereka ditamatkan kontrak pada November 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bekas pekerja berkenaan akan menerima jumlah keseluruhan pampasan sebanyak RM8.645 juta.

“Semua 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. akan mendapat pampasan setelah mereka ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.

“Setelah lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah, akhirnya ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri santuni golongan asnaf di Bera

Perdana Menteri menambah, penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menjamin pelaksanaan gaji minimum akan tetap dilaksanakan pada 1 Mei ini.

Jelas beliau, perincian mengenai perkara itu akan diumumkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram