Tan Sri Dr Ali Hamsa

JENAZAH bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada 2.45 petang tadi.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah, selepas penghormatan terakhir yang diadakan di masjid berkenaan.

Nor Azamir turut membacakan talkin selepas Allahyarham dikebumikan, yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat di tanah perkuburan itu.

Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland Khamis lepas.

Baca artikel berkaitan: Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba di KLIA pada 6.30 pagi hari ini

Anak Allahyarham, Azman yang mewakili ibunya Puan Sri Rohani Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian ayahnya.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terbalas kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram