Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

SEORANG penunggang motosikal berusia 25 tahun maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Persiaran Jati dekat Kota Damansara, awal pagi pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.05 pagi tadi melibatkan seorang lelaki warga tempatan.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terbabas ketika mengambil selekoh di tempat kejadian sebelum terbabas lalu terlanggar batu penghadang jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pusat hiburan diserbu, 166 individu dikompaun RM1,000 seorang

Tambahnya, polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Sehubungan itu, saksi kemalangan terbabit diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R.Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram