Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi ikan kerapu daun pudina yang menyelerakan ini. Sangat senang dan bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan kerapu
300 ml jus limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN HIRIS:
100 gm daun pudina
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili padi
1 batang bunga kantan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Goreng kerapu sehingga garing. Angkat dan ke tepikan.
2.Satukan bawang merah, cili padi dan bunga kantan. Tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan jus limau kasturi dan gaul sehingga rata. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4.Tuangkan sos ini di atas badan kerapu dan taburkan hirisan daun pudina.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram