
SEBANYAK 736,114 atau 20.7 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.
Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,888,431 individu atau 92.8 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 16,014,864 individu dewasa atau 68.1 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,964,800 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,481 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Baca artikel berkaitan: Covid: 10,223 kes sembuh setakat semalam
Sebanyak 38,691 dos vaksin COVID-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,678 dos pertama, 26,489 dos kedua dan 4,524 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,118,091.
Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, lapan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu lima kes, diikuti Kedah dengan dua kes dan satu kes di Melaka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram