Mohamad Shatar (berbaju ungu) beramah mesra dengan pengamal media yang hadir di majlis berbuka puasa MQA.

BAGI menghargai jasa pengamal media tempatan, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meraikan golongan itu dalam majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran, berkata, penganjuran majlis itu bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin antara badan berkanun di bawah pimpinannya dengan pengamal media daripada pelbagai agensi.

Katanya, pihaknya amat menghargai sumbangan rakan media yang banyak membantu dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat mengenai fungsi, perkhidmatan serta inisiatif MQA.

“Sebagai satu daripada kumpulan barisan hadapan, peranan yang dimainkan pengamal media cukup signifikan terhadap pembangunan negara sejak sekian lama,” katanya selepas Majlis Iftar MQA bersama Media Tahun 2022.

Baca artikel berkaitan:Polis buru pemandu kereta guna lorong motosikal sebabkan kemalangan

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA, Halinordina Mat Saat dan Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA, Mohamad Dzafir Mustafa.

Mohammad Shatar yang juga pakar sosial berkata, dalam era serba canggih ini, ramai yang mahu menjadi “wartawan segera” berbekalkan peranti yang ada di tangan.

Katanya, banyak isu tular yang mahu dikupas di alam maya hingga kadang kala tidak menyemak sama ada maklumat diperoleh sahih atau sebaliknya.

“Masyarakat perlu mendapatkan berita daripada sumber yang sahih iaitu media yang diperakui.

“Di sinilah peranan pengamal media amat penting dalam menyampaikan maklumat yang telus kepada masyarakat umum,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram