PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua organisasi masjid, surau dan umat Islam berinteraksi dengan al-Quran hari ini (26 April), mulai pukul 12 tengah hari sempena penganjuran program World #QuranHour.

World #QuranHour yang kembali untuk tahun ketujuh membawakan tema ‘Dunia Bersujud’ akan bersiaran secara langsung dari Studio TV AlHijrah dengan mengangkat surah Al-Sajdah sebagai surah pilihan.

UTUSANTV turut mengadakan siaran langsung melalui FB Live.

“Saya difahamkan World #QuranHour tahun ini telah memilih surah ke-32, Al-Sajdah sebagai surah utama untuk membawa orang ramai erti sebenar bersujud dengan penuh keyakinan kepada Allah dan dapat membuang sifat ego untuk berjaya di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu hantaran video.

Katanya, surah itu boleh dijadikan panduan untuk perubahan kerangka minda dan penyatuan umat melalui aspek ekononomi dan pendidikan, sekaligus memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi ujian dengan bersujud kepada Allah.

BERITA BERKAITAN World #QuranHour kembali untuk tahun ketujuh

“Sempena World #QuranHour, saya menyeru agar semua masjid, surat dan individu untuk meluangkan masa selama 1 jam mulai 12 tengah hari pada 24 Ramadan 1443H di lokasi masing-masing untuk berinteraksi dengan al-Quran, khususnya surah Al-Sajdah yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan kita,” katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun hanya sejam, beliau berharap program itu mampu menaikkan imej Islam, sekaligus memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan, sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan.

“Diharapkan surah ini bukan sahaja dibaca tetapi diamalkan dalam kehidupan kita. Semoga usaha mendekatkan masyarakat dengan al-Quran yang dianjurkan ini dapat diteruskan sampai bila-bila dan dirahmati oleh Allah,” katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada penganjur World #QuranHour, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia yang menganjurkan satu program yang mampu memberi impak besar kepada segenap lapisan masyarakat, terutama umat Islam mendekati al-Quran.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada rakan sinergi iaitu Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Pelancongan Islam Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Sinar Harian, TV AlHijrah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Majlis Pemuafakan NGO-NGO Malaysia. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram