PENYANYI cantik Iman Troye membuat para peminat lelakinya ‘patah hati’ setelah mendapat tahu bahawa dia sudah memilik kekasih hati.

Iman Troye, 20 atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin dalam satu perkongsiannya di aplikasi Tiktok, memperlihatkan video bersama seorang lelaki kacak yang dikenali sebagai @asyrffdnial_.

Kapsyen yang ditulis turut melihat Iman seolah-olah terpaksa mendedahkan lelaki tersebut kerana si dia tidak mahu memberitahu umum tentang hubungan mereka.

“Lambat sangat nak tunggu di expose takpela kita buat sendiri,” tulis Iman.

Rakaman berdurasi 15 saat itu memperlihatkan kedua-duanya di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan kereta sambil membuat konten tiktok yang viral untuk mendedahkan pasangan masing-masing.

Video yang meraih jumlah satu juta tontonan itu turut dibanjiri dengan komen daripada peminat khusunya golongan lelaki yang masih tidak percaya dengan pendedahan tersebut.

Masing-masing mula “undur diri” dan mulai bersedih dengan apa yang ditontn.

“Mundur semua mundur iman sudah ada, anda bila lagi?

“Ok gerak dulu, terima kasih pernah menjadi my favorite person.

“Okei gerak lu geng.

“Surrender soldier we lost,” demikian tulis warganet.

Iman yang meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya Teman dengan mempunyai jumlah tontonan di Youtube sebanyak 20 juta melalui video muziknya manakala lagunya distrim sebanyak 1.5 juta menerusi aplikasi spotify.

Untuk rekod, Iman turut mengumpul jumlah pengikut mencecah 1.9 juta di Instagram dan 1.2 juta di aplikasi Tiktok.