SEORANG pemandu bas ekspres maut digilis bas sendiri ketika cuba membaiki kenderaan itu dekat Tol Subang, di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) petang tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 4.05 petang.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki warga tempatan telah memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebelum masuk ke bawah bas bagi tujuan membaik pulih.
Baca artikel berkaitan:Penghantar makanan maut langgar pikap dekat Semenyih
“Bas dipercayai telah bergerak lalu menggilis mangsa berusia 31 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca dan sebab kematian.
Sehubungan itu, saksi yang berada di tempat kejadian di minta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram