Kata-kata yang kononnya ingin memberi inspirasi dan pembakar semangat, namun secara tidak sedar ia ‘membunuh’ jiwa seseorang perlahan-lahan.

Walau apa pun niatnya, namun jika sudah ditetapkan dalam hukum Islam, tetaplah ia begitu walau apa alasan sekalipun.

Menurut perkongsian Sri A’jilah Mohd Samsir, kata-kata ‘takkan nak bergantung kat suami’ membuatkannya tertekan dan berusaha untuk memiliki pendapatan sendiri menerusi jualan secara atas talian, namun malangnya keadaan tidak seperti yang dirancang.

Anak-anak mula terabai dan kesihatannya terganggu.

“Tolonglah jangan buat macam ni. Ia menyakitkan dan buat orang lain rasa terdesak.

Kisahnya, beberapa hari lepas, saya ada join satu bisnes talk ni. Saja nak topup ilmu, nak boost up energy, dan nak cari circle yang lebih kurang sama minded dengan kita.

Penceramah tu ulang beberapa kali ayat yang sama. Memang saya ingat sangat, ayat nilah yang buatkan saya gelabah dan stress dengan hidup saya 10 tahun dulu. Waktu tu, baru kenal bisness online dan dropship segala bagai ni.

Kebanyakan founder, akan mengulang ayat yang sama berkali-kali. Mungkin niat diorang ni, nak bagi kita semangat berbisnes tapi ayat yang disebut tu menyakitkan sangat.

“Takkan nak bergantung kat suami je!”

“Takkan nak harapkan duit suami. Kita pun kena ada pendapatan sendiri. Kena pegang duit sendiri.”

 “Sekurang-kurangnya ada duit sendiri untuk beli mainan anak-anak. Takdelah asyik minta kat suami je.”

“Macam mana nak sedekah banyak-banyak kalau masih harapkan duit suami?”

“Kalau suami mati, baru menyesal tak mula sekarang!”

5 ayat durjana nilah yang membuatkan saya sibuk dengan fon dalam keadaan anak kecil-kecil yang perlukan perhatian sangat-sangat.

Duk terngiang-ngiang dalam kepala ni, kita tak mahu bergantung pada suami semata. Dah set dalam kepala, ‘aku nak ada duit sendiri.’

Lama kot saya dalam fasa huru-hara cari duit ni. Lebih kurang 4 tahun! Saya pulak memang dah biasa pegang duit sendiri dari zaman uni. Buat degree dan master pun tetap buat home tuition juga. Punyalah suka bau duit tu.

5 ayat tu berlegar dalam kepala saya yang membuatkan kita cuba nak berdikari, tak mahu bergantung pada suami sendiri.

Sudahnya, saya stress gila-gila. Pantang dengar anak menangis, terus naik hantu. Saya susah tidur, kerap jatuh sakit, dan cepat sangat down.

Akhirnya, tok laki pun berbulu kot tengok bini dia macam orang tak betul, naik angin je kerjanya. Terus dia azankan bini dia ni.

“Kalau isteri tak nak bergantung pada suami, buat apa nak ada suami, buat apa berkahwin? Kalau isteri tak nak minta duit suami, macam mana nak tolong mudahkan urusan suami bagi nafkah?”

Pedassss betul tapi sangat masuk akal. Isteri yang minta duit pada suami tu, sebenarnya sedang mudahkan urusan suami dalam bab beri nafkah. Lagipun, itukan suami kita, mintak jelah!

Paling pedas yang saya akan ingat sampai mati, bab sedekah tu.

“Awak sibuk nak cari duit sendiri untuk mudah bersedekah padahal setiap kali awak potong bawang, awak uruskan anak-anak, awak sapu rumah, semua tu sedekah awak pada keluarga. Banyak pahala! Awak tak nampak ke?”

Zassssssss!

Macam kena tikam. Pedih betul rasanya.

Sibuk nak bersedekah duit padahal sedekah tu bukan dalam bentuk duit semata.

Tolong jangan gunakan perkataan ‘sedekah’ tu untuk jerat suri rumah yang memang sudah menggunung kerja rumah yang tak penah habis. Sedangkan semua kerja rumah tu pun sudah menjanjikan banyak pahala.

Memang ada isteri yang dirinya memang Allah lorongkan untuk beri manfaat pada ummah. Dia tak lekat kat rumah, sibuk ke sana sini. Itu cara dia, bahagian dia.

Kita yang duduk kat rumah ni, bukan tak boleh cari duit lebih, tapi janganlah ada mindset mengarut macam 5 kat atas tu. Huru-hara hidup kau nanti.

#SriAjilahSamsir

Syukur dapat suami tak berkira dan faham kepala angin bini dia. 🤧”

Sumber : Sri A’jilah Mohd Samsir