Rendang daging merah utara ini rasanya memang berbeza dengan rendang lain. Kalau nak tahu keenakannya, jom cuba resipi ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
4 sudu besar sos tomato
Sedikit gula dan garam
BAHAN KISAR:
20 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar lengkuas
2 sudu kecil jintan manis
2 sudu kecil ketumbar
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Daging dipotong terlebih dahulu dan direbus sehingga empuk. Tus dan ketepikan.
- Selepas itu, panaskan minyak di dalam kuali, masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan gula, garam, sos tomato dan daging.
- Masak selama 20 minit dan agak-agak kering dan pekat, matikan api.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram