Kalau bukan rezeki, makanan sudah masuk mulut pun boleh terkeluar kembali. Namun jika sudah tertulis rezeki, walau apa yang berlaku, ia tetap akan menjadi milik kita.

Apa yang dikongsikan Abu Hurairah Roslan menerusi laman sosial miliknya sesuai dijadikan tauladan dan percaya sesungguhnya rezeki milik Allah. Dan yakinlah rezeki itu jaminan Allah.

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq Ayat 2-3)

“Kisah yang selalu saya ingat ketika Ramadan.

Ini kisah semasa saya di Langkawi.

Saya pernah berniaga bazar.

Saya biasa berniaga bazar.

Saya dah rasa perihnya berniaga bazar.

Dari bangun awal pagi, masak lauk sampai tengahari.

Lepas zohor, masukkan barang dalam van. Angkat khemah, kerusi, tray, alas, sudu dan macam-macam lagi.

Dah sampai bazar, susun pula satu-satu. Meja, kerusi, lauk pauk sampailah terduduk keletihan yang amat sangat.

Kadang matahari pacak atas kepala, kadang hujan membasahi semua. Dan sakit kepala seperti dah jadi biasa!

Satu hari niaga, hujan lebat. Angin kuat sampai berniaga sambil pegang payung.

Dari pukul 3 sampai pukul 6 hujan tak berhenti. Orang yang datang tak perlu kira pakai jari. Sebab tak sangat ramai.

Peniaga lain dah mula bungkus.

Muka masing-masing hampa.

Kecewa lebih ramai sebenarnya.

Ada yang lempar balang air ke longkang. Marah gamaknya. Yang jual lauk.pun menung. Yang jual nasi ayam, nasi tomato, nasi briani lagi nanges.

Saya diam. Melihat hamparan lauk yang masih belum di beli. Ikan kembung segar dalam kari. Ikan pari masih berenang dalam asam pedas ni. Ayam tetap bergolek sana ke mari.

Akhirnya, tinggal saya sorang di bazar.

Teringat mak pesan,

“Berniaga ni, dia adalah usaha kita nak belajar percaya. Rezeki tu Allah yang bagi. Bukan orang yang beli”

Gelisah mat amin! dah nak pukul 7. Sorang pun takde.

“Bu, balik lah. Takde sape nak beli tu!”

“Kau niaga apa woi hujan-hujan! baliklah giler!”

Saya masih diam. Saya pandang langit, moga Allah kasihkanlah saya yang dah penat dari pagi.

Tiba-tiba tepat pukul 7.10 minit, sebuah kereta parking. Keluar seorang akak.

“Adik! Alhamdulillah, nasib baik masih ada lauk. Akak buat makan-makan untuk anak yatim kat rumah tu. Tapi katering tak sampai2. Boleh tak kamu hantar semua lauk ni? sempat lagi nak buka 7.30 kan?”

Nak nanges!

Allah balas kepercayaan ni.

Saya ajak semua lauk ke rumah akak

“Nah, RM500. Kalau kurang kira nanti ek. Lepas majlis habis. Rumah akak kat jalan 4, simpang kanan kampung sira.”

“Baik kak!”

Saya angkat semua lauk. Saya tengok ikan kembong dan ikan pari menari-nari. Ayam lagi la hepi. Sotong udang berpelukan tanpa geli.

Allah, Engkau Maha pemberi rezeki buat kami!

Allah!

Allah!

Moga Allah ganti segala yang rugi. Moga Allah hiburkan para peniaga disaat hujan begini. Moga Allah balas segala jerih perih mereka.

Kalian penghibur manusia.

Allah sangat suka.

#sweeterapi.”

Sumber : Abu Hurairah Roslan