SAINTIS sangat membantu dalam kemajuan hidup manusia. Tugas mereka bukan sekadar melakukan kajian untuk pencarian ilmu, malah penemuan yang berjaya itu dapat pula dimanfaatkan kepada masyarakat.

Namun, ramai juga saintis yang telah dibunuh secara kejam. Antaranya Dr. Ivan Glebov dan Dr. Alexi Brushlinski, yang merupakan pakar mikrobiologi dan anggota Akademi Sains Rusia. Kedua-dua mereka terbunuh pada Januari 2002 akibat serangan yang didakwa dilakukan oleh anggota mafia Rusia di Moscow.

Tanya Holzmayer, seorang ahli mikrobiologi dari Rusia pula meninggal dunia pada 28 Februari 2002 ketika berusia 46 tahun. Beliau telah ditembak di kepala dan dada oleh rakan sekerjanya bernama Guyang Huang, 38. Setelah menembak Holzmayer, Huang pula menembak dirinya sendiri dan turut maut. Kedua-dua saintis ini diketahui sedang dalam proses melakukan penyelidikan tentang sistem pertahanan tubuh terhadap virus HIV.

Setahun kemudian, seorang pakar virus, Robert Leslie Burghoff pula maut akibat dilanggar lari di South Braeswood, Texas, pada 20 November 2003. Disusuli Robert Aranosia, 61, seorang pengkaji perubatan yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 18 Disember 2003.

Beberapa bulan kemudian, Mohammed Munim al-Izmerly, diberitakan meninggal dunia pada bulan April 2004. Saintis Iraq ini ditembak tepat di kepalanya dalam satu insiden di Amerika Syarikat. Pada bulan yang sama, Iisley Ingram, 84, pula meninggal dunia dan kesnya masih misteri. Beliau merupakan Pengarah Supraregional Haemophilia Reference Centre di St. Thomas Hospital di London.

Antara saintis yang terbunuh.

Kejadian saintis mati secara mengejut dan misteri tidak berhenti di situ. Pada 5 Mei 2004, William T. McGuire, 39, menjadi mangsa seterusnya. Beliau merupakan pakar dalam bidang mikrobiologi dan memegang jawatan sebagai saintis kanan di NJ University, selain Penganalisis Kanan Program di New Jersey Institute of Technology di Newark.

Selang beberapa hari selepas itu, seorang saintis Rusia yang bekerja dalam senjata biologi di sebuah makmal di Siberia, Antonina Presnyakova, 46, ditemui terkorban pada 25 Mei 2004. Hasil siasatan mendapati punca kematiannya adalah akibat virus Ebola.

Pada 27 Jun 2004, seorang lagi ilmuwan dunia dilaporkan meninggal dunia. Mangsa kali ini adalah Dr. Paul Norman, 52, seorang yang cerdik dalam bidang senjata kimia dan biologi. Beliau terbunuh dalam kemalangan pesawat tunggal, Cessna 206 di Devon, England.

Turut menerima nasib sama, Dr. Larry Bustard, 53. Beliau didapati meninggal dunia pada 2 Julai 2004 tanpa sebab yang jelas. Bustard bukan calang-calang orangnya kerana beliau merupakan saintis terkenal bersama pasukannya mengembangkan teknologi baru melawan serangan senjata biologi dan kimia di Department of Energy Laboratorium Sandia di Alburqueque, New Mexico.

Penyebab kematian para saintis ini banyak menimbulkan tanda tanya.

Tidak lama selepas itu, Profesor John Clark, 52, diberitakan meninggal dunia pada 12 Ogos 2004. Sebelum kematiannya, beliau adalah pakar bioteknologi yang berjaya mengembangkan teknik modifikasi bagi beberapa tema penelitiannya seperti teknologi pengklonan.

Selepas berita mengejutkan itu, dilaporkan pula kematian Mohammed Toko Hussein al-Talakani, 40, pada 5 September 2004. Meninggal akibat ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Mahmudiya, Baghdad Selatan. Beliau ialah seorang ilmuwan fizik nuklear di Iraq sejak tahun 1984.

Pada Mei 2005, ahli dalam bidang organ di Hospital Los Alamos, Todd Kauppila, 41, menjadi mangsa seterusnya. Selain itu, saintis nuklear, Massoud Ali Mohammadi juga meninggal secara mengejut selepas mati terbunuh dalam insiden bom kawalan jauh di Tehran. Dalam letupan lain, ketua fizik di Universiti Imam Hossein, Fereydoun Abbasi-Davani dan isteri cedera kerana disyaki terlibat dalam penyelidikan senjata nuklear.

Kematian misteri seumpama itu terus berlanjutan. Pada bulan Januari 2012, seorang saintis nuklear, Mostafa Ahmadi-Roshan, 32, terbunuh akibat ledakan bom yang diletakkan di atas kereta beliau di Tehran.

Ramai saintis yang mati secara mengejut seperti ada sesuatu yang dirancang untuk menamatkan riwayat mereka.

Kenapa mereka dibunuh dan siapa yang menjadi dalang ke atas semua kejadian berdarah itu terus menimbulkan tanda tanya. Pun begitu, di sebalik semua kematian misteri ratusan saintis dunia itu, ada teori mengaitkannya dengan program pembatasan populasi umat manusia.  Program ini dikatakan telah lama dilancarkan oleh konspirasi global.

Siapakah yang dimaksudkan dengan konspirasi global? Apa sebenarnya agenda mereka sehingga mengorbankan para saintis dunia ini?

Konspirasi global merupakan kelompok yang sangat berpengaruh, super kaya dan anti agama. Dikatakan kumpulan ini memiliki banyak nama dan kelompok seperti Freemasonary, Zionis, Liberalis dan sebagainya. Mereka bersembunyi dan bergerak dalam semua bidang kehidupan terutama industri ekonomi, politik, kesihatan, media massa, hiburan, bahkan ketenteraan.

Dikatakan juga objektif mereka adalah untuk pembentukan ‘New World Order’. Falsafah mereka, dunia cuma dipegang oleh sebuah kerajaan yang dipimpin oleh mereka saja. Dalam melaksanakannya, mereka menuju ke arah globalisasi dan program pembunuhan para saintis ini salah satu agenda mereka. Sahih atau tidak, hanya ‘mereka’ saja yang tahu.

Apa yang pasti, kisah pembunuhan golongan saintis ini masih berterusan sehingga kini. Kisah di atas hanya secebis daripadanya. 

______

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare