Motosikal yang disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu. GAMBAR: POLIS

SEORANG penunggang motosikal Yamaha Y15 ditahan polis selepas disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu ketika Op Selamat berlangsung di Jalan PJS 3/44, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya berjaya mengesan pemandu berbangsa Melayu itu ketika Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya sedang menjalankan tugas penguatkuasaan “Op Lampu Merah”.

“Laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan ke atas penunggang motosikal dengan nombor pendaftaran VFK257,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan:Pemandu Myvi putih guna lorong motosikal dicari polis

Katanya, siasatan awal mendapati nombor pendaftaran sebenar motosikal terbabit adalah VFK8370 seperti yang tertera di dalam dokumen cukai jalan.

“Pemilik kenderaan telah tampil ke balai trafik dan kes di siasat mengikut Seksyen 108 (3)(F) Akta Pengangkutan Jalan,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas seperti yang telah ditetapkan kerajaan Malaysia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & TelegramFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare