Mencari resipi biskut raya yang menarik? Apa kata cuba resipi biskut nutella ini. Cara menyediakannya mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN A
125 gm mentega
85 gm gula perang

BAHAN B
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
½ sudu kecil pes kopi

BAHAN C
100 gm nutella

BAHAN D
270 gm tepung kek

BAHAN E
100 gm cip coklat
80 gm kekacang

CARA
1.Campurkan ke semua bahan B dan ketepikan.
2.Kemudian pukul bahan A sehingga kembang. Masukkan bahan B dan C, kacau rata.
3.Masukkan bahan D gaul rata, akhir sekali masukkan bahan E.
4.Sudukan adunan di atas dulang pembakar dan jarakkan sedikit.
5.Bakar dalam ketuhar pada suhu 140⁰C selama 20 hingga 25 minit. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Foto & Resipi: Norzila Saim (www.zila4ever.blogspot.com)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram