Antara kenderaan yang rosak dirempuh sebuah lori di NIlai semalam. Gambar: Bernama

SEBUAH lori 10 tan membawa muatan kertas gulung seberat kira-kira lapan tan merempuh 11 kereta yang berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar dekat Nilai petang semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden, Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian pada 5.50 petang itu berlaku apabila lori terbabit, yang dipandu seorang lelaki berumur 26 tahun dan dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Beranang, Selangor, mengalami masalah brek sehingga hilang kawalan sebelum terbabas serta melanggar deretan kereta di lampu isyarat merah.

“Akibat kemalangan itu, seorang pemandu kereta mengalami kecederaan ringan iaitu luka di kepala. Bagaimanapun, pemandu lori dan pemandu kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Baca artikel berkaitan: Polis cari Vellfire guna lampu mata arah dekat Jalan Damansara

Beliau berkata keputusan ujian air kencing pemandu lori didapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis menasihati orang awam agar memandu dalam keadaan selamat dan patuh kepada kelajuan ditetapkan terutama ketika musim perayaan ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram