Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Pertahanan, Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Perdana Menteri berkata, beliau mewakili keluarga Malaysia mendoakan seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.

“Selain Menteri Pertahanan (1987-1990), antara jawatan lain yang pernah disandang oleh Allahyarham dalam kerajaan termasuk Menteri Hal-Ehwal Luar Negara, Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Penerangan.

“Dalam arena politik, Allahyarham yang dikenali sebagai Ku Deen pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tengku Ahmad Rithaudeen meninggal dunia

Perdana Menteri berkata, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat negara.

Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt dan ditempatkan bersama para solihin.

Semalam, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 8.43 malam ini, akibat sakit tua.

Allahyarham berusia 94 tahun.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram